Thursday, August 20, 2009

KELAHIRAN MUJAHIDIN

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Alhamdulillah.. Segala puji hanya untuk ALLAH S.W.T..


Tahniah diucapkan kepada :-

1)Ustaz Saufi dan Ustazah Maryam atas kelahiran Abdullah Az-Zuhayr 16/7/2009

2)Ustaz Zahir dan Ustazah Aminah atas kelahiran Muzan 18/8/2009


InsyaALLAH, coming soon!

1) Ustaz Nuruddin dan Ustazah Mawaddah

2)Ustaz Ahmad dan Ustazah Marwati

3)Cikgu Bahiyah dan Ustaz Zulkifli



Semoga dengan kelahiran mujahid dan mujahidah ini, kita dapat mengembalikan kegemilangan Islam, dapat menambahkan bilangan pendakwah Islam, dapat menambahkan bilangan umat Islam .. InsyaAllah ..

Saturday, August 1, 2009

BERITA DARI KERATAN AKHBAR

SELISING – Sekolah agama terpencil, Maahad Al Manar yang berpusat di Bukit Akar, dekat sini berjaya mencipta kejayaan cemerlang dalam :Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.
:Selain memperoleh lulus 100 peratus, salah seorang pelajarnya, Nusaibah Sallehuddin, 19, begitu menyerlah dengan pencapaian 17A1.
:Nusaibah yang mula memasuki Al Manar pada tahun 2003 berjaya menghafal 30 juz al-Quran, menepati matlamat institusi swasta itu dalam melahirkan intelektual Islam.
:Menurutnya, komitmen guru dianggap faktor utama membantu dia memperoleh keputusan cemerlang selain inisiatif sendiri dengan menelaah pelajaran di rumah dan tuisyen (kelas tambahan)
:“Saya memberi tumpuan kepada semua mata pelajaran dan berdoa kepada Tuhan kerana amalan yang kita lakukan ini cukup mulia,” katanya yang berasal dari Melor, Kota Bharu.
:Rakannya, Aishah Zulkifli, 19, bersependapat dengannya yang menganggap pengorbanan guru merupakan sesuatu yang tidak ternilai.

Katanya, dia bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh bagi memperbaiki kehidupan keluarganya.
:“Saya berharap kejayaan ini menjadi kebanggaan ibu saya, mungkin dengan berkat doanya membolehkan saya mencipta kejayaan,” katanya yang kematian bapa pada tahun 1996.
:Timbalan Pengetua Al Manar, Mas Othman Mohamad ketika ditemui berkata, keseluruhan pelajarnya mendapat markah tinggi dalam mata pelajaran Agama dan Arab tinggi.
:“Sekiranya mereka tidak mencapai kejayaan dalam bidang akademik, mereka memiliki ilmu Islam yang cukup untuk membentuk kesejahteraan dan jika mereka juga mampu menguasai akademik, sudah pasti ia satu kebanggaan kepada kita,” katanya.

Pengetuanya, Yaakub Wan Harun berkata, Al Manar kini menerima 150 pelajar termasuk dari luar ne:gara seperti Filipina, Indonesia, China dan Kemboja.

:Menurutnya, pelajar Al Manar turut terpilih menerima anugerah pelajar cemerlang dan mereka kini berada di seluruh dunia bagi melanjutkan pelajaran.
:“Ini merupakan usaha kami untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja bertaraf intelek, malah dalam masa sama mempunyai asas agama yang kuat,” katanya.

SEBAHAGIAN DARI KAKITANGAN MAAHAD ALMANAR

SEBAHAGIAN DARI KAKITANGAN MAAHAD ALMANAR

  © Blog Design by Simply Fabulous Blogger Templates

Back to TOP